Subhanallah, Isteri Rajin Baca Surah Yusuf, Maryam & Al-Fatihah Lepas Solat, Telinga Anak Dilahirkan Menyerupai Kalimah Allah

 

Mediadakwah.online - Sepanjang mengandung, bakal ibu dinasihatkan membaca surah tertentu bagi memudahkan proses bersalin selain mendoakan anak yang dilahirkan nanti sihat dan membesar jadi anak soleh solehah.

Tapi lain ceritanya pada anak kelima yang baru dilahirkan isteri kepada pelakon drama bersiri. Gerek Khas, Mohd Zamri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Z Zamri.

Menurutnya di laman Instagram bayi kelima dilahirkan seberat 2.8 kg ini begitu mencuri perhatian apabila kedua-dua telinga bayi berkenaan mempunyai tulisan menyerupai kalimah Allah.

Dalam artikel di Harian Metro, Zamri memberitahu perkara unik ini disedari oleh isterinya Fazilawati sehari selepas permata hati ini dilahirkan.

Katanya, bayi perempuan seberat 2.8 kilogram (kg) dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada 21 Julai lalu dan diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri

“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan, namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zamri pada awalnya dia mahupun isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada ada Faizatul Azwin sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, dia ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga anak mereka.

“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.

“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.

“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.

Z Zamri yang juga pelakon drama bersiri Gerak Khas, berkata, sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersalin.

“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengaamalkan surah al- Fatihah dan ayat Kursi. Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu memperdengarkan selawat,” katanya yang berasal dari Pulau Seratus, Tumpat.

Kredit Foto: Instagram Zamri

Iklan Bawah Artikel